2011年4月1日星期五

kepelbagaian budaya memupuk keharmonian

masyarakat malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. komposisi rakyat majoriti terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. di samping itu, terdapat juga orang asli, punjadi, kadazan, iban, bidayuh, dayak, dan beberapa kaum lain.

masyarakat majmuk di malaysia menganut pelbagai agama dan kepercayaan. mereka mempunyai adat resam dan pantang larang yang istimewa serta bertutur dalam pelbagai bahasa. keunikan masyarakat majmuk malaysia telah sekian lama dikagumi oleh masyarakat dunia

rakyat malaysia diberi kebebasan beraganma dan mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan malaysia. kekayaan kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat diserikan lagi dengan amalan pelbagai perayaan keagamaan seperti hari raya aidil fitri, wesak, deepavali dan sebagainya. masyarakat kita mengamalkan sikap toleransi dan menghormati upacara keagamaan kaum-kaum lain. keunikan ini menjadi kebanggaan rakyat malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan yang harmoni.

selain itu, masyarakat kita juga kaya dengan pelbagai tradisi dan adat resam yang diwarisi turun-menurun. tradisi dan adat resam mempunyai fungsi dan kepentingan tertentu. dalam masyarakat melayu,misalnya, sebelum melangsungkan upacara perkahwinan, seseorang hendaklah melalui beberapa peringkat iaitu merisik, meminang dan bertunang. masyarakat cina pula mengadakan beberapa upacara untuk memperingati nenek moyang mereka terutama yang telah lama meninggal dunia.roh nenek moyang dipuja kerana mereka berjasa kepada keturunannya. masyarakat india pula mementingkan upacara sadanggu bagi meraikan anak gadis yang cukup umur. upacara ini bertujuan untuk mengelakkan gadis tersebut dan keluarganya daripada ditimpa musibah. walaupun tiga kaum yang berlain berhidup dalam satu negara malaysia, tetapi semua rakyat juga saling membantu dan bekerjasama apabila menghadapi masalah yang lebih susah diselesaikan.

rakyat bebas bertutur dalam pelbagai bahasa walaupun bahasa melayu menjadi bahasa rasmi negara. lazimnya, setiap kaum bertutur bahasa ibunda masing-masing. namun begitu, hal ini tidak menghalang setiap kaum menjalin hubungan mesra kerana mereka boleh menggunakan bahasa melayu dengan baik.

negara malaysia mengamalkan nilai kebebasan bersuara, mereka boleh menyindirkan dan memujikan pihak kerajaan tanpa menyentuh topik yang lebih peka. di malaysia, jika bukan topik peka, rakyat ada hak-hak kebebasan bersuara untuk membincangkan atau berbual-bual dalam topik yang sesuka hati pada bila-bila masa.

kepelbagaian agama dan kepercayaan, tradisi dan adat resam serta bahasa tidak menghalang keharmonian dan perpaduan rakyat, malah meningkatkan lagi perasaan bangga dan cinta akan negara. keadaan ini menunjukkan rakayt malaysia sayang akan negara meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. persefahaman antara kaum membolehkan rakyat mengamalkan cara hidup dan budaya masing-masing dalam keadaan yang harmoni.

1 条评论: