2011年3月30日星期三

keistimewaan yang menyerlah

Anak ialah anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Setiap kelahiran diiringi dengan doa dan harapan, supaya anak tersebut sempurna dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun takdir tuhan mengatasi segala-segala. Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.

kelahiran anak yang kurang berupaya sama ada yang dilahirkan cacat atau cacat disebabkan kemalangan ada kalanya dianggap menyusahkan.namun, tidak semua orang beranggapan begitu. masih ada yang menerima anugerah tuhan ini dengan reda. sebab manusia yang kaum berlain telah mengamalkan konsep kerpercayaan kepada tuhan, mereka percaya bahawa manusia yang dilahirkan tidak akan kesempurnaan. oleh itu, mereka membelai anak-anak tersebut dengan penuh kasih sayang, sama seperti anak-anak yang lain. malah, ada yang sanggup berkorban segalanya untuk memberi perlidungan dan penjagaan yang rapi terhadap anak tersebut.

sesungguhnya segala kejadian yang ditentukan oleh tuhan ada hikmah di sebaliknya.buktinya sejarah telah mencatatkan banyak kejayaan yang dicapai oleh golongan kurang berupaya. di malaysia, pihak kerajaan telah mengaturkan pendidikan yang sama rata kepada golongan kurang berupaya. malah yang lebih membanggakan, ada di kalangan pihak pentadbir institusi pengajian tinggi yang sanggup menyediakan kemudahan fizikal kepada golongan kurang berupaya. tokoh yang bernama J.M.Aziz yang cacat penglihatan, ialah seorang penyair termuka di tanah air. Ismail bin Mohd Salleh yang juga cacat penglihatan, merupakan seorang ahli akademik yang berjaya. ini bermakna kebolehan orang kurang berupaya diiktiraf dan dihargai oleh pemimpin dan masyarakat.

dalam bidang sukan pula, golongan kurang berupaya tidak dipinggirkan dan telah dipilih untuk mewakil negara dalam pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa. misalnya.sukan komanwel, pertandingan paralimpik dan sebagainya. atlet-atlet kurang berupaya seperti Ahmad Amil Usin, Mohd.Hisham Khairani, V.Jayan Subramaniam, Ibrahim Majid dan Lee Sheng Chow telah diberi Penghormatan membawa oboi kejohanan dan membaca ikrar ketika malaysia menjadi tuan rumah bagi temasya sukan para asean yang pertama di kuala lumpur pada tahun 2001. ini bermakna kekurangan golongan kurang berupaya bukan menjadi penghalang untuk menyumbang bakti kepada negara.

di peringkat antarabangsa, nama Hellen Keller tidak perli diperkenalkan lagi, beliau cacat penglihatan dan cacat pendengaran. walaupun begitu, beliau dapat berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat, membaca dan menulis dengan menggunakan tulisan Braille. dengan kemahiran tersebut, beliau berjaya melanjutkan pengajiannya ke kolej. keadaaan ini memnbuktikan bahawa golongan kurang berupaya boleh jika diberi peluang dan bimbingan. selain itu, Hellen Keller yang bersikap tabah, tidak mudah putus asa, kerajinan yang lebih banyak daripada orang biasa, dan mempunyai satu tutor yang bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dan dorongan kepada beliau, akhirnya, beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya.

beliau turut terliat dalam aktiviti sosial, seperti memberi ceramah serta melindungi hak wanita dan melindungi hak golongan kurang berupaya. satu daripada penghormatan yang diberikan kepada beliau ialah penubuhan Hellen Keller International sempena dengan namanya. organisasi ini merupakan organisasi yang terbesar untuk golongan yang cacat penglihatan.

sekadar mengungkapkan beberapa contoh, sebenarnya sudah cukup membuktikan kepada kita bahawa golongan kurang berupaya juga mempunyai keistimewaan tersendiri. keistimewaan itu terserah apabila mereka turut diberikan anugerah dan penghormatan oleh pihak-pihak tertentu.

没有评论:

发表评论