2011年4月2日星期六

kukuhkan institusi kekeluargaan

rakyat malaysia kaya dengan kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. contohnya, sambutan perayaan pelbagai kaum seprti hari raya puasa, tahun baru cina dan hari deepavali. kerap kali, sambutan ini diraikan secara besar-besaran. dalam hal ini, kita sering terlupa untuk memberi perhatian kepada makna yang tersirat di sebalik perayaan atau kebudayaan itu. erti atau makna itulah yang seharusnya dicungkil dan ditonjolkan kepada anak-anak muda kita.hal ini kerana di sebalik makna yang tersembunyi itu, terselit suatu kekuatan yang akan menyatupadukan mereka pada kemudian hari. tambahan pula, kita merupakan generasi yang bakal ada tanggungjawab untuk mengekalkan tradisi kekeluargaan.

contoh yang jelas dapat dilihat dalam tradisi kaum cina dan india. walaubagaimanapun, banyak lagi contoh tradisi kekeluargaan yang diamalkan oleh kaum lain di malaysia.

dalam tradisi kaum cina, misalnya pada setiap 22 disember, mereka akan meraikan hari tung zhi sempena menyambut ketibaan musim sejuk atau kuo tung. di negara ini, tradisi ini juga diamalkan dan masih kekal sehingga sekarang.

dalam hal ini, tung zhi tidak harus dilihat sebagai tradisi yang menggambarkan cara hidup dan pengalaman orang zaman dahulu semata-mata, tetapi sebagai satu simbol yang amat bermakna, makanan yang dibuat khas untuk menunjukkan keistimewaan hari tersebut, merupakan simbol perpaduan dan kesejahteraan rumah tangga. di samping itu, amalan duduk di kelilingi meja ketika menikmati hidangan, sebenarnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, simbol ini amat bermakna dan sangat berharga dalam kehidupan masyarakat cina. dengan kata lain, amalan tradisi sperti ini dapat mengukuhkan perpaduan keluarga, menyedarkan generasi sekarang tentang kepentingan kasih sayang terhadap keluarga.

semangat perpaduan di kalangan anggota keluarga juga terlihat dalam tradisi menyambut hari-hari perayaan masyarakat india. perayaan-perayaan yang disambut itu membolehkan setiap anggota keluarga bertemu mesra dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.satu daripada tradisi masyarakat india yang menarik ialah penggunaan pokok pisang dalam majlis perkahwinan. penggunaan pokok pisang dalam majlis perkahwinan bukan sekadar perhiasan, tetapi mempunyai maksud yang tersendiri. pokok pisang merupakan simbol kesinambungan zuriat atau keturunan dalam sesebuah keluarga. dalam hal ini bukan sahaja kesinambungan itu yang dipentingkan, tetapi anak-anak juga perlu tanggungjawab terhadap keluarga,dan cinta akan negara. anak-anak perlu memastikan maruah, nama baik, dan kehormatan keluarga terpelihara sepanjang masa.

sesungguhnya, pengekalan amalan tradisi dalam keluarga dapat menyediakan individu untuk menghadapi cabaran dan perubahan di luar rumah tangga. institusi kekeluargaan yang kukuh berupaya menangkis sebarang pengaruh negatif yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi keluarga. sehubungan itu, setiap masyarakat perlulah mengekalkan tradisi kekeluargaan masing-masing. mereka bukan sahaja perlu memahami dan menghayati amalan sesuatu tradisi, malah mesti mengamalkan secara berterusan dalam hidup.

amalan murni yang diwarisi sejak turun-temurun perlu dikekalkan dalam rumah tangga, dan tidak seharusnya dipandang rendah kerana amalan tersebut berupaya menyumbang ke arah pembentukan massyarakat yang harmoni dan bersepadu. memandangkan setiap kebudayaan mempunyai falsafah tersendiri yang bertujuan untuk menguatkan institusi kekeluargaan, masyarakat kini perlulah berpegang teguh kepada kebudayaan mereka.

没有评论:

发表评论