2011年3月29日星期二

Duduk Sama Rendah Berdiri Sama Tinggi

Yang Mulia Pengerusi Majlis, Pengawai Pendidikan Daerah, Pengetua Sekolah-sekolah Menengah, Barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera.

Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, "Kemajuan sesebuah negara perlu menitikberatkan keseimbangan antara pembangunan insan dan pembangunan fizikal". Inzinkan saya mendefinisikan beberapa istilah dalam tajuk ini.

Pembangunan insan merujuk kepada pertumbuhan manusia yang menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, selaras dengan kehendak agama. Ini bermaksud di samping meningkatkan taraf hidup, manusia tidak harus mengabaikan aspek rohani. Pembangunan fizikal pula merujuk kepada kemajuan ekonomi yang menitikberatkan peningkatkan infrastruktur seperti harta kekayaan, taraf hidup dan pembinaan bangunan, yang melambangkan kemajuan sesebuah negara.

Hadirin yang dihormati,
Pembangunan bukan suatu perkara baru dalam sejarah peradaban manusia. Setiap tamadun yang lahir dalam sejarah mempunyai dasar pembangunannya sendiri. Pembangunan yang sebenarnya perlu mempunyai matlamat untuk mewujudkan keseimbangan antara pembangunan insan dengan pembangunan fizikal dari segi spiritual dan nilai-nilai murni sejagat untukkemajuan negara yang berterusan. Untuk merealisasikan matlamat murni ini, kita perlu memberi penekanan kepada tiga perkara dasar, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, hubungan manusia dengan manusia, dan keharmonian manusia dengan alam sekitar.

Kemajuan negara atau kejayaa manusia tiak hanya bergantung kepada kemajuan ekonomi. Perkara ini juga bergantung kepada kemampuan dasar dan sistem pendidikan sesebuah negara untuk membina anggota masyarakat yang berakhlak mulia dan berakal budi dan menglibatkan diri dalam pembangunan negara inilah aspek yang terpenting untuk memajukan ekonomi negara.

sidang hadirin,
Wawasan 2020 bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara maju dengan caranya tersendiri. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal, malah meliputi pembentukan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan bolah dicontohi oleh negara lain.

Impian ini cuba dicapai oleh negara kita melalui dasar pendidikan negara yang mementingkan kelahiran insan yang bersifat global. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan usaha murni untuk menerapkan pembangunan insan dan juga fizikal di negara ini. Sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan berakal budi yang dapat menyelesiakan masalah politik, ekonomi dan sosial.

Sidang hadirin,
Sebagai sebuah negara yang mementingkan nilai ketimuran serta mempunyai pendudukan yang mewarisi suatu peradaban yang tinggi, sistem pendidikan mempunyai tanggungjawab sosial, budaya dan moral. Oleh itu, dalam sistem pendidikan kita, setiap pelajar diwajabkan mempelajari dan menghayati amalan murni melalui Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral. Cita-cita murni kerajaan untuk melahirkan rakyat yang bukan sahaja berdaya saing, malah berakhlak mulia akan menjadi kenyataan melalui usaha murni ini.

Para hadirin yang saya hormati,
Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kemajuan sesebuah negara bergantung kepada keseimbangan dalam pembangunan insan dan juga fizikal. Kita bersyukur kerana setiap dasar yang digubal oleh kerajaan mementingkan kedua-dua aspek ini sehingga banyak negara lain ingin mencontohi kejayaan negara kita. Banyak pemimpin negara luar memuji dasar pembangunan negara kita yang mempunyai keseimbangan antara kedua-dua aspek ini.
Sekian, saya sudahi pidato saya dengan ucapan terima kasih.

没有评论:

发表评论